Haura Mint

Adab Sopan ketika menghadiri Rumah Terbuka – Open House

Adab Sopan Menghadiri Rumah Terbuka

Hari Raya Aidilfitri dikenali sebagai perayaan yang merapatkan silaturrahim di antara manusia tidak kira agama, bangsa dan umur. Setiap kali tibanya syawal, tradisi kunjung mengunjung menjadi satu kemestian untuk beramah mesra bersama kaum keluarga dan sanak saudara.

Perayaan yang disambut oleh seluruh rakyat Malaysia ini membawa kegembiraan dan keberkatan, lebih-lebih lagi kebanyakkan daripada kita yang membuat keputusan untuk menghidangkan makanan kepada tetamu-tetamu yang diundang pada hari yang khusus dan dipilih oleh tuan rumah. Dalam erti kata lain, mengadakan rumah terbuka.

Hadirnya tetamu itu membawa rezeki, iya kan?
Sebagai tuan rumah, bila menjangka tetamu yang ramai akan hadir ke rumah terbuka yang diadakan, mereka akan berusaha untuk sediakan terbaik dengan persekitaran rumah yang bersih dan selesa, makanan yang sedap dan suasana yang meriah dan ceria.

‘’ Sesungguhnya beruntunglah rumah-rumah yang sering menerima kedatangan tetamu, maka janganlah mengeluh jika ada orang yang menjadi tetamu kerumah kita ’’
-Mizan al Hikmah-

Namun, kita tidak pernah tahu apa yang akan terjadi bila saudara mara, rakan taulan berkumpul di sebuah tempat yang sama. Bagi tetamu yang akan hadir ke rumah terbuka, berikut adalah adab-adab ke rumah terbuka yang perlu kalian tahu.

1. Memberi salam dan bersalaman
Sebelum masuk ke rumah, lebih afdhal jika tetamu memberi salam dan bersalaman terlebih dahulu dengan tuan rumah.

2. Meminta izin untuk masuk
Selepas bersalaman, minta izin untuk masuk ke rumah.

3. Jaga akhlak, adab dan tingkah laku
Bagi mereka yang berkeluarga, sebelum ke mana-mana acara rumah terbuka, bagus jika menasihatkan anak-anak dan meletakkan pro and con apabila berada di rumah orang untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak dijangka berlaku. Apabial berada dalam satu kepompok yang ramai, jangan mengumpat atau bergosip tentang perkara yang tidak elok dan gelak seolah mengilai. Seeloknya bersopan santunlah, kan orang melayu adalah yang sopan dan beradab.

4. Pantau kelakuan anak
Bagi mereka yang berkeluarga dan mempunyai anak kecil, semestinya akan membawa anak ke jemputan rumah terbuka. Apabila berada di rumah terbuka, pastikan anda memantau kelakuan anak-anak sepanjang berada di rumah terbuka. Elakkan mereka dari membuat kotor dan menyepahkan barang atau makanan di rumah tuan rumah. Elakkan mereka dari memasuki bilik-bilik di dalam rumah tanpa izin.

Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tanggungjawab anda untuk mendidik anak anda supaya menjaga kelakuan mereka ketika berada di tempat awam atau ketika di rumah orang lain. Didik mereka agar makan dengan sopan supaya mereka tidak mengotorkan rumah tuan rumah dan akhirnya menambahkan kerja mereka untuk mengemaskan rumah di kemudian hari.

5. Jaga adab makan
Kalau ambil makanan, ambil mana yang perlu. Jangan membazir. Nanti banyak yang terbuang, tetamu yang datang kemudian tak dapat nak merasa makanan yang disediakan. Kalut tuan rumah perlu sediakan makanan lain untuk tetamu yang baru tiba.

6. Utamakan solat
Jika ke rumah terbuka dalam waktu solat, minta izin kepada tuan rumah untuk solat atau pergi ke surau atau masjid yang terdekat.

7. Pendekkan tempoh ziarah
Kalau pergi ke rumah orang, pendekkan waktu ziarah. Mungkin tuan rumah punya agenda lain yang perlu mereka untuk keluar, atau ingin isitirehat.

8. Minta izin untuk beransur pulang
Hadirnya dijemput, maka lebih baik jika meminta izin kepada tuan rumah untuk beransur pulang. Berterima kasih untuk juadah yang disediakan dan doa yang baik-baik untuk tuan rumah.

Leave a Comment

Scroll to Top