Sultan Haji Ahmad Shah mangkat

Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah Mangkat pada pagi jam 8:50 Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada umur 88 Tahun.

Baginda diputerakan pada 24 Oktober 1930  merupkan Yang di-Pertuan Agong ke – 7 .

Pada 11 Januari 2019, baginda yang kegeringan berat menuruni takhta bagi memberi laluan kepada anakanda baginda, Tengku Mahkota Pahang untuk dilantik sebagai Sultan Pahang yang ke-6. Baginda kemudian diberi gelaran Paduka Ayahanda

Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh kerabat diraja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda, Sultan Haji Ahmad Shah hari ini. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan ditempatkan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman

KENYATAAN MEDIA
KDYMM PADUKA AYAHANDA SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’IN BILLAH MANGKAT
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya dengan ini mengumumkan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.
Almarhum mangkat pada jam 8.50 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Sehubungan itu, saya mohon rakyat-jelata sekalian agar sama-samalah mendoakan moga-moga roh Almarhum Paduka Ayahanda dirahmati Allah Subhanahu Wata’ala, serta ditempatkan bersama-sama para Syhuhada’.
Amin.
Al Fatihah
DATO’ SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang

Sumber: Facebook Menteri Besar Pahang

Leave a Comment

Scroll to Top