TM Unifi Banner 1000x536

TM Pelan Jalur Lebar Baru Unifi dan Impak kepada E-commerce Malaysia

Selepas pilihan raya PRU14, Menteri Menteri Komunikasi dan Multimedia telah membuat kenyataan tentang pengurangan yuran langganan jalur lebar sehingga 25% sebelum penghujung tahun 2018. Implikasi dari kenyataan menteri itu telah memberi kesan besar kepada pasaran saham syarikat telekomunikasi negara. Telekom Malaysia (TM) hari ini mengambil langkah untuk menarik lebih ramai pelanggan jalur lebar dengan memperkenalkan plan 30Mbps di bawah harga RM100 mulai 15 Julai 2018. Iaitu hampir 40% pengurangan dari harga semasa RM179. Pra-tempah untuk plan ini hanya akan mula diambil pada 15 Julai 2018 dan disasarkan kepada golongan isi rumah B40.

Bagi pelanggan sedia ada Unifi sekarang, pihak TM telak memperkenalkan pelan baru iaitu Plan Unifi Turbo, melalui pelan ini pelanggan sedia ada akan menerima kelajuan dua kali ganda dari pelan asal dan akan bermula pada 15 Ogos 2018. Harga untuk pelan turbo ialah RM199.

Kami merasakan dengan initiatif pengurangan harga ini dapat membantu usahawan digital untuk meluaskan pasaran secara e-dagang (e-commerce). Dunia membeli belah secara online kini merupakan budaya paling tinggi di Malaysia dan merupakan cara paling pantas untuk pengguna mendapatkan product yang di inginkan. Cuba anda bayangkan jika negara kita mampu mempunyai liputan jalur lebar sehingga 90% – 95% kawasan di Malayia. Dengan ini mampu membuka peluang untuk rakyat Malaysia dalam memasarkan lebih banyak product secarara e-dagang.

Dengan ini juga dapat membantu meluaskan jurang antara kawasan luar bandar dengan dapat mengakses internet dan medapat liputan berita secara lebih pantas.

Maklumat Lanjut: The Star

Leave a Comment